skjg2.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skjg2@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | PERASMIAN | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

KATA-KATA ALUAN DARIPADA
GURU BESAR SK JALAN GURNEY (2)
(PN. MAHANI AERIA BT. ABDULLAH)
ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Tunjang kepada proses pendidikan adalah untuk melahirkan insan baik, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepada kepatuhan dan keyakinan kepada Allah. Sistem pendidikan yang berkesan harus berupaya melahirkan anak didik yang berilmu, kreatif, berfikiran kritis, berdaya saing, penyayang dan berakhlak mulia. Dalam hal ini, semua aktiviti di sekolah sama ada berbentuk kurikulum atau kokurikulum, perlu menjurus kepada mencapai matlamat murni ini.  Cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak. Untuk merealisasikan hasrat ini, guru-guru harus mengamalkan profesionalisme yang tinggi. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan nilai-nilai murni agar pelajar yang dilahirkan dari sistem persekolahan merupakan insan yang seimbang dan berkualiti.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.
Mahani Aeria bt. Abdullah


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: